![]() |
![]() |
![]() |
skjsb1.zoom-a.com |
![]() |
![]() |
SK JALAN SUNGAI BESI 1 BT 3 3/4 JALAN SUNGAI BESI 57100 KUALA LUMPUR TEL: 0379835869 FAX :0379835863 |
|||
![]() |
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | KENANGAN LALU | PROFILE | BERITA | GURU | ENROLMEN PELAJAR | BAHAN | KURIKULUM | PEPERIKSAAN | FASILITIES | P.SUMBER | KELAB GURU | PRAKTIKUM | FORUM | PAUTAN | GALERI | |
LIHAT LAH............KENANGAN BERSAMAMU GURU.............. BABAK KENANGAN :
.
Nama Sekolah : Sek. Keb. Jalan
Sungai Besi 1 Kod Sekolah : WBB 0089 Gred Sekolah : Gred B Jenis Sekolah : Sekolah Rendah Kebangsaan ( S.R.K ) Alamat Sekolah : Batu 3 ¾, Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1963 dengan nama asalnya ialah S.R.J.K. (Inggeris), Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur. Motto yang digunakan ialah “TEKUN DAN JUJUR” dan ianya masih kekal hingga sekarang. Pada mulanya sekolah ini buat sementara waktunya telah meminjam tempat di S.R.J.K. (Inggeris) Jalan Shaw Kuala Lumpur sebelum berpindah ke bangunan tetapnya di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur. Bangunan baru sekolah ini yang terletak di Batu 3 ¾, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur dibina di atas sebuah tapak seluas 2.8 hektar dengan perbelanjaan sepenuhnya oleh kerajaan sebanyak RM305 000.00. Sekolah ini mempunyai dua buah bangunan tiga tingkat (bersambung berbentuk “L”) yang bernilai semasa pembinaannya sebanyak RM288 725.00 dan bakinya sebanyak RM16 275.00 ialah perbelanjaan tapak dan lain-lain. Sekolah ini telah meminjam tempat di S.R.J.K. (Inggeris) Jalan Shaw, Kuala Lumpur bermula dari 1hb. Februari 1963 hingga 2hb. September 1963 iaitu selama tujuh (7) bulan. Pada awal penubuhannya, sekolah ini mempunyai murid seramai 502 orang iaitu 252 murid lelaki dan 250 murid perempuan. Bilangan gurunya pula ialah seramai 14 orang. Pada tahun 1965, bilangan muridnya meningkat kepada 1 131 orang iaitu 834 orang murid lelaki dan 477 orang murid perempuan. Pada tahun 1966, sekolah ini telah dibahagikan kepada dua pentadbiran iaitu S.R.K. Jalan Sungai Besi (1) dan S.R.K. Jalan Sungai Besi (2). Ketika inilah bermulanya persekolahan dua sesi dan S.R.K. Jalan Sungai Besi (1) mempunyai seramai 516 orang murid lelaki dan 246 orang murid perempuan. Sekarang (tahun 2000), SK. Jalan Sungai Besi (1), Kuala Lumpur mempunyai murid seramai 338 orang iaitu 194 murid lelaki dan 144 orang murid perempuan. Semenjak ditubuhkan pada tahun 1963, sekolah ini telah pun ditadbir oleh tujuh (7) orang Guru Besar. Guru Besar sekolah ini yang pertama ialah Puan Yap Siew Fah. Beliau telah menjadi Guru Besar di sekolah ini sejak sekolah ini mula ditubuhkan sehinggalah beliau bersara iaitu pada 3hb. Mei 1977. Mulai 4hb. Mei 1977, Guru Penolong Kanan iaitu Cik Lee Tak Yau telah diarahkan oleh Pengarah Pelajaran Selangor ketika itu untuk memangku tugas sebagai Guru Besar sehingga datangnya Guru Besar yang baru. Guru
Besar yang kedua ialah Encik Mohd. Nasir
bin Lipun. Beliau telah menjadi Guru Besar sekolah ini mulai 1hb. Disember
1977 hingga 31hb. Disember 1979. Mulai tarikh 1hb. Januari 1980 beliau telah
bertukar ke S.R.K. Jalan Gurney (1), Kuala Lumpur. Guru Besar yang ketiga ialah Cik Lee Tak Yau yang telah memulakan khidmatnya sebagai Guru Besar mulai 1hb. Januari 1980 hingga 27hb. November 1986. Mulai dari 28hb. November 1986, Encik Patahullah bin Hassan yang pada masa itu memegang jawatan Guru Penolong Kanan telah ditugaskan untuk memangku dan menjalankan tugas Guru Besar sehingga 31hb. Ogos 1987. Mulai September 1987 beliau telah dilantik sebagai Guru Besar yang keempat bagi sekolah ini sehinggalah beliau bersara pada akhir tahun 1991. Selepas persaraan beliau, Puan Zaleha bt. Ujang yang memegang jawatan Guru Penolong Kanan 1 telah menanggung kerja Guru Besar sehingga bulan Oktober 1993, yang mana dalam bulan yang sama Tuan Haji Onn bin Jaffar telah memulakan khidmatnya sebagai Guru Besar yang baru di sekolah ini. Sebagai
Guru Besar yang kelima, Tuan Haji Onn bin Jaffar telah berusaha untuk mendapatkan
peruntukan dari Kementerian Pendidikan bagi membina sebuah bangunan sekolah
yang baru kerana pada masa itu, sekolah ini masih berkongsi dengan bangunan
S.R.K. Jalan Sungai Besi (2) sebagai tempat belajar. Dengan terbinanya bangunan
yang baru (bersebelahan bangunan yang lama), maka persekolahan satu sesi iaitu
sidang pagi dapat dijalankan di mana S.R.K. Jalan Sungai Besi (1) dan (2)
belajar dalam sesi yang sama dengan bangunan dan pentadbiran yang berlainan.
Ianya bermula pada sesi persekolahan Disember 1994. Bersama penubuhan bangunan yang baru, sekolah ini juga mendapat sebuah gelanggang serbaguna bernilai RM37 756.68 bagi kegunaan murid-murid bermain bola keranjang, sepak takraw, badminton, bola tampar dan bola jarring. Selain itu, sekolah ini juga mendapat sebuah pondok jaga, sebuah bilik pam air dan enam (6) unit tempat letak kereta berbumbung. Setelah Tuan Haji Onn bin Jaffar bertukar ke S.R.K. Jalan Padang Tembak (2) pada awal Disember 1994, tugas Guru Besar telah dipangku oleh Guru Penolong Kanan 1 iaitu Encik Ayob bin Daud selama lapan bulan mulai Disember 1994 hingga Julai 1995. Guru Besar yang seterusnya iaitu Encik Rooslan bin Ahmad telah memulakan khidmatnya di sekolah ini pada 1hb. Ogos 1995. Beliau sebelum ini bertugas di S.R.K. (L) Methodist, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Encik Rooslan bin Ahmad telah
berkhidmat di sekolah ini sehinggalah beliau bertukar ke SK. Wangsa Maju
Seksyen 2, Kuala Lumpur pada 31hb.
Januari 1998 dan tempat beliau telah digantikan oleh Encik Ishak bin Ramle mulai 1hb. Februari 1998 hingga
sekarang. Encik Ishak bin Ramle
sebelum ini adalah merupakan seorang Guru Penolong Kanan 1 di SK. (L) Jalan
Pasar (2), Kuala Lumpur. En Ishak b. Ramle telah bertukar ke SK Alam Damai pada
2005 dan di ganti oleh Tn. Hj Barudin B.
Seradi yang merupakan guru besar dari Sk Alam Damai. Beliau mula berkhidmat
dari tahun 2005 sehingga kini. Berikut ialah senarai bilangan
guru-guru yang telah mengajar di sekolah ini sejak ianya ditubuhkan hinggalah
hari ini.
Kenangan GURU-GURU YANG BERKHIDMAT DI SEKOLAH INI
webmaster skjsb1@yahoo.com.my
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |