![]() |
|||||||||||||||||||||
![]() |
|
![]() |
|||||||||||||||||||
Kenangan Lalu memaparkan : 1. Sejarah Penubuhan sekolah 2. Wajah guru-guru yang telah berkhidmat di sekolah ini. . Nama Sekolah : Sek. Keb. Jalan Sungai Besi 1 Kod Sekolah : WBB 0089 Gred Sekolah : Gred B Jenis Sekolah : Sekolah Rendah Kebangsaan ( S.R.K ) Alamat Sekolah : Batu 3 ¾, Jalan Sungai Besi, 57100 Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1963 dengan nama asalnya ialah S.R.J.K. (Inggeris), Jalan Sungai Besi, Bangunan baru sekolah ini yang terletak di Batu 3 ¾, Jalan Sungai Besi, Sekolah ini telah meminjam tempat di S.R.J.K. (Inggeris) Jalan Shaw, Pada tahun 1966, sekolah ini telah dibahagikan kepada dua pentadbiran iaitu S.R.K. Jalan Sungai Besi (1) dan S.R.K. Jalan Sungai Besi (2). Ketika inilah bermulanya persekolahan dua sesi dan S.R.K. Jalan Sungai Besi (1) mempunyai seramai 516 orang murid lelaki dan 246 orang murid perempuan. Sekarang (tahun 2000), SK. Jalan Sungai Besi (1), Kuala Lumpur mempunyai murid seramai 338 orang iaitu 194 murid lelaki dan 144 orang murid perempuan. Semenjak ditubuhkan pada tahun 1963, sekolah ini telah pun ditadbir oleh tujuh (7) orang Guru Besar. Guru Besar sekolah ini yang pertama ialah Puan Yap Siew Fah. Beliau telah menjadi Guru Besar di sekolah ini sejak sekolah ini mula ditubuhkan sehinggalah beliau bersara iaitu pada 3hb. Mei 1977. Mulai 4hb. Mei 1977, Guru Penolong Kanan iaitu Cik Lee Tak Yau telah diarahkan oleh Pengarah Pelajaran Selangor ketika itu untuk memangku tugas sebagai Guru Besar sehingga datangnya Guru Besar yang baru. Guru Besar yang kedua ialah Encik Mohd. Nasir bin Lipun. Beliau telah menjadi Guru Besar sekolah ini mulai 1hb. Disember 1977 hingga 31hb. Disember 1979. Mulai tarikh 1hb. Januari 1980 beliau telah bertukar ke S.R.K. Jalan Gurney (1), Guru Besar yang ketiga ialah Cik Lee Tak Yau yang telah memulakan khidmatnya sebagai Guru Besar mulai 1hb. Januari 1980 hingga 27hb. November 1986. Mulai dari 28hb. November 1986, Encik Patahullah bin Hassan yang pada masa itu memegang jawatan Guru Penolong Kanan telah ditugaskan untuk memangku dan menjalankan tugas Guru Besar sehingga 31hb. Ogos 1987. Mulai September 1987 beliau telah dilantik sebagai Guru Besar yang keempat bagi sekolah ini sehinggalah beliau bersara pada akhir tahun 1991. Selepas persaraan beliau, Puan Zaleha bt. Ujang yang memegang jawatan Guru Penolong Kanan 1 telah menanggung kerja Guru Besar sehingga bulan Oktober 1993, yang mana dalam bulan yang sama Tuan Haji Onn bin Jaffar telah memulakan khidmatnya sebagai Guru Besar yang baru di sekolah ini. Sebagai Guru Besar yang kelima, Tuan Haji Onn bin Jaffar telah berusaha untuk mendapatkan peruntukan dari Kementerian Pendidikan bagi membina sebuah bangunan sekolah yang baru kerana pada masa itu, sekolah ini masih berkongsi dengan bangunan S.R.K. Jalan Sungai Besi (2) sebagai tempat belajar. Dengan terbinanya bangunan yang baru (bersebelahan bangunan yang lama), maka persekolahan satu sesi iaitu sidang pagi dapat dijalankan di mana S.R.K. Jalan Sungai Besi (1) dan (2) belajar dalam sesi yang sama dengan bangunan dan pentadbiran yang berlainan. Ianya bermula pada sesi persekolahan Disember 1994. Bersama penubuhan bangunan yang baru, sekolah ini juga mendapat sebuah gelanggang serbaguna bernilai RM37 756.68 bagi kegunaan murid-murid bermain bola keranjang, sepak takraw, badminton, bola tampar dan bola jarring. Selain itu, sekolah ini juga mendapat sebuah pondok jaga, sebuah bilik pam air dan enam (6) unit tempat letak kereta berbumbung. Setelah Tuan Haji Onn bin Jaffar bertukar ke S.R.K. Jalan Padang Tembak (2) pada awal Disember 1994, tugas Guru Besar telah dipangku oleh Guru Penolong Kanan 1 iaitu Encik Ayob bin Daud selama lapan bulan mulai Disember 1994 hingga Julai 1995. Guru Besar yang seterusnya iaitu Encik Rooslan bin Ahmad telah memulakan khidmatnya di sekolah ini pada 1hb. Ogos 1995. Beliau sebelum ini bertugas di S.R.K. (L) Methodist, Jalan Hang Jebat, Encik Rooslan bin Ahmad telah berkhidmat di sekolah ini sehinggalah beliau bertukar ke SK. Wangsa Maju Seksyen 2, Berikut ialah senarai bilangan guru-guru yang telah mengajar di sekolah ini sejak ianya ditubuhkan hinggalah hari ini.
BANGUNAN LAMA Bangunan ini yang majoritinya digunakan oleh S.R.K. Jalan Sungai Besi (2) mempunyai tiga tingkat yang bersambung berbentuk “L” dan sebuah kantin. Bangunan ini mempunyai 24 bilik darjah (bilik asal). Daripada jumlah ini, sebanyak empat (4) bilik digunakan sebagai bilik darjah S.R.K. Jalan Sungai Besi (1) dan dua buah bilik dijadikan Bilik Pusat Sumber dan Bilik Media. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai sebuah pejabat termasuk dua pejabat Guru Besar (Guru Besar sekolah (1) dan (2)), sebuah klinik pergigian yang dikongsi bersama dan sebuah bilik yang dijadikan bilik Penolong Kanan. Bahagian bawah bangunan ini dijadikan dewan perhimpunan rasmi (basement). Pada pertengahan tahun 1988, sekolah ini mempunyai sebuah Pada pertengahan tahun 1988 juga, sekolah ini telah mendapat peruntukan dari kerajaan untuk membina sebuah tembok di sekeliling sekolah. Ini bertujuan bagi mengelakkan sampah sarap yang dibawa oleh banjir yang sering kali melanda kawasan ini daripada memasuki kawasan sekolah. Tembok ini didirikan setinggi tiga kaki dan berpagar dawai di atasnya. BANGUNAN MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH . Bangunan Makmal komputer ini telah dibina dan siap pada tahun 2003. Bangunan ini mengambil tempat yang digunakan tempat letak kereta guru-guru berhampiran dengan padang sekolah. Pembelajaran komputer PPSMI telah dilaksanakan dan kemudahan inernet disediakan dibawah school net.. PERTUBUHAN LEMBAGA PENGURUS SEKOLAH DAN PENGERUSINYA . Lembaga Pengurus Sekolah telah ditubuhkan pada tahun 1963, dan mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 5hb. Julai 1963 di S.R.J.K. (Inggeris) Jalan Shaw, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah yang kedua ialah Tuan Haji Amran bin Haji Mohamed. Beliau telah menjadi Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah ini dari 1hb. Mei 1979 hingga November 1980. Mulai 1hb. Januari 1981, tugas ini telah diambil alih oleh Dr. T. Visvanathan. Selepas itu, Lembaga Pengurus Sekolah telah ditamatkan.PENUBUHAN P.I.B.G. Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1974. Persatuan ini telah didaftarkan pada 14hb. Ogos 1974 dan telah diberikan nombor pendaftarannya iaitu SEL 125. Pengerusi P.I.B.G. yang pertama ialah Encik Adham bin Alan yang telah menjadi pengerusi persatuan mulai 10hb. Mei 1973 hingga tahun 1974. 1997 Tn Hj Harun Dan dari tahun 2002 sehingga kini En Aziz b. Shafie mengambil alih pucuk pimpinan PIBG sekolah..GURU-GURU YANG BERKHIDMAT DI SEKOLAH INI .
SEKIAN... .
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |